Google sedia terkenal dengan sokongan carian yang sememangnya mampu menawarkan pelbagai maklumat berdasarkan kata kunci. Dan kini, kelihatan Google telah menaik-taraf sokongan carian pada GMail, membolehkan pengguna turut sama membuat carian didalam dokumen yang dilekapkan bersama pada emel.
Buat masa ini, fungsi ini pada GMail kelihatan membolehkan para pengguna turut melakukan carian kata kunci untuk dokumen lekapan berformat .pdf, .doc dan juga .ppt. Mungkin pada masa akan datang, lebih banyak format yang akan disokong pada GMail.
Selain carian emel hanya pada laman GMail, Google juga bakal memperkenalkan sokongan carian emel dan dokumen terus daripada enjin carian utama mereka apabila pengguna log masuk ke akaun Google mereka. Namun, ia masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua.