Mengemaskini Versi Pembangunan CyanogenMod 10 Kini Lebih Mudah Dengan CM Updater

Mengemaskini Versi Pembangunan CyanogenMod 10 Kini Lebih Mudah Dengan CM Updater

Diterbitkan pada Okt 1, 2012 oleh .

Bagi mereka yang menggunakan CyanogenMod 10 versi Nightly, salah satu kemaskini baru yang kini disertakan adalah sokongan mengemaskini dengan lebih mudah, melaluii fungsi yang dinamakan sebagai CM Updater.

CM Updater berfungsi seumpama kemaskini OTA yang sedia popular dikalangan pengguna Android, membolehkan anda mengemaskini ROM CyanogenMod 10 anda dengan mudah. Bagi para pengguna sedia ada, boleh mengaksesnya dengan mudah di Settings > About Phone > CyanogenMod Updates.

Beberapa pilihan disediakan termasuk memilih kemaskini hanya pada saluran stabil ataupun versi harian dan sebagainya. Namun, seperti biasa, memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, mungkin terdapat beberapa kekurangan yang masih belum dikenal pasti lagi buat masa ini.

Muat-Turun CyanogenMod 10 Nightly


TIPS & ULASAN