Cari @ Amanz

Dengan masuknya bulan Oktober, semestinya ramai yang menantikan bilakah Apple bakal mengumumkan iPad Mini yang diura-urakan untuk pelancaran bulan oktober. kini, ia dilaporkan yang mana Apple bakal mulakan penghantaran jemputan media bermula 11 Oktober ini (10 Oktober waktu Amerika Syarikat).

Dan mengikut tradisi, Apple akan mengadakan acara pelancaran seminggu selepas penghantaran jemputan media, dan kita mungkin akan dapat melihat pengumuman pelancaran iPad Mini pada 18 Oktober (17 Oktober waktu Amerika Syarikat) kelak.

Penjualannya dijangka akan bermula seminggu selepas pengumuman tersebut, namun masih tiada tarikh rasmi bilakah ia akan tiba di Malaysia. Mengikut ura-ura dan laporan yang kedengaran sehingga kini, ia diperkatakan iPad Mini akan membawakan skrin bersaiz 7.85-inci dan didatangkan bersama-sama kabel Lighning yang digunakan pada iPhone 5.

Namun seperti biasa, perkara ini masih pada ura-ura awal, dan Apple seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi ke atas ura-ura dan spekulasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd