Carian
Firefox 18 Bakal Membawakan Sokongan Paparan Retina Untuk OS X
October 2, 2012 Aman

Dengan Apple yang telah memperkenalkan MacBook Pro dengan paparan Retina, satu demi satu aplikasi dan perisian kini dioptimasikan untuk skrin Retina atau paparan HiDPI, dan salah satunya adalah Mozilla untuk perisian Firefox mereka.

Chrome dan Opera sebelum ini telah pun memperkenalkan sokongan untuknya, dan kini Mozilla bakal memperkenalkan sokongan untuknya melalui Firefox 18 kelak.

Dengan sokongan ini, ia membolehkan para pengguna yang menggunakan skrin HiDPI melihat gambar dan tulisan dengan lebih jelas berbanding kebiasaannya. Selain daripada hanya untuk versi OS X, versi Windows dan Linux juga dijangka bakal menyertakan sokongan yang serupa.

Mengikut jadual pembangunan yang dikemaskini, Mozilla dijangka akan memperkenalkan Firefox 18 pada minggu 6 Januari 2013 kelak.

Komen