Pengguna Peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich Kini Mencecah 23.7%

Pengguna Peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich Kini Mencecah 23.7%

Diterbitkan pada Okt 2, 2012 oleh .

Pengguna peranti Android yang kini menggunakan sistem operasi versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich semakin meningkat dari hari ke hari, dimana kini telah pun mencecah 23.7%, diikuti oleh Jelly Bean pada kadar 1.8%.

Bersama-sama, ia kelihatan pengguna yang menggunakan Android versi 4.x telah pun melangkaui angka 25% secara keseluruhan, walaupun masih didahului oleh Gingerbread sebanyak 55.8%.

Kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich masih lagi aktif diperkenalkan oleh ramai pengeluar peranti, termasuk terkini Sony dan Asus yang masing-masing memperkenalkannya kepada telefon pintar dan tablet mereka.

Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, angka penggunaan Jelly Bean turut akan meningkat dengan lebih drastik, selain mengurangkan penggunaan Android 3.0 dan ke bawah.


TIPS & ULASAN