Iklan Windows 8 Untuk Para Pembangun Dipertontonkan

Iklan Windows 8 Untuk Para Pembangun Dipertontonkan

Diterbitkan pada Okt 2, 2012 oleh .

Windows 8, walaupun masih belum dilancarkan telah sedia mempunyai lebih daripada 2,000 aplikasi pada Windows Store. Namun, semestinya Microsoft tidak berpuas-hati dengan angka tersebut, dan kini menyediakan sebuah iklan video khas untuk menarik lebih ramai pembangun untuk platform tersebut.

Daripada video tersebut, Microsoft menggunakan beberapa statistik dalam menarik minat pembangun, termasuk berkongsi mengatakan terdapat lebih daripada 1.2 billion pengguna Windows seluruh dunia, dan lebih banyak lesen Windows dijual walaupun Android, iOS dan OS X digabungkan.

Semestinya perkara ini tidak boleh dinafikan, dan boleh dikatakan hampir kesemua pengguna komputer diseluruh dunia pernah merasai sistem operasi Windows.

Microsoft bakal melancarkan Windows 8 kepada umum pada 26 Oktober ini, dan bersama-sama dengannya, beberapa peranti baru akan diperkenalkan, termasuk yang dibangunkan oleh Microsoft sendiri, iaitu Surface.


TIPS & ULASAN