Cari @ Amanz

Sharp sebelum ini pada bulan lepas telah pun melancarkan telefon pintar bersaiz 5-inci mereka di pasaran Malaysia. Tetapi, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah skrin padanya. Menariknya, perkara ini nampaknya bakal diatasi tidak lama lagi oleh Sharp.

Terkini, Sharp secara rasminya telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan sokongan paparan HD pada resolusi 1080×1920 pixel. Dan dari kiraan PPI pula, ia akan membawakan 443 PPI pada skrin tersebut.

Semestinya ini akan membawa paparan peranti bersaiz 5-inci ataupun yang turut dikenali sebagai phablet lebih tajam dan jelas berbanding sedia ada, mungkin daripada Sharp sendiri ataupun daripada pengeluar lain.

Selain daripada pengumuman berkaitan skrin, mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan peranti daripada mereka buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd