Opera Software yang sedia popular dengan pelayar web mudah-alih mereka, Opera juga hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 12.10 Beta, yang menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.
Opera 12.10 Beta membawakan prestasi yang lebih pantas melalui sokonga SPDY padanya. Disamping itu, ia turut dioptimasikan untuk Windows 8 dan juga OS X, selain turut menyertakan sokongan paparan resolusi tinggi termasuk paparan Retina padanya. Sokongan kawalan melalui skrin sentuh turut disertakan, menjadikan ia mesra Windows 8 yang bakal diperkenalkan.
Bagi mereka yang berminat untuk menguji pelayar web generasi akan datang Opera, mungkin anda boleh memuat-turun Opera 12.10 Beta ini untuk Windows, Linux ataupun OS X.