HTC One X+ Diumumkan Secara Rasmi – Di Malaysia Bulan Hadapan

HTC One X+ Diumumkan Secara Rasmi – Di Malaysia Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Okt 2, 2012 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura, hari ini, gergasi daripada Taiwan ini telah pun mengumumkan peranti terbaru keluarga Android mereka, HTC One X+, membawakan beberapa kemaskini berbanding One X yang diperkenalkan beberapa bulan lepas.

HTC One X membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz NVIDIA Tegra 3, ruangan storan terbina sebanyak 64GB, bateri berkapasiti 2100mAh, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadpaan 1.6-megapixel. Ia turut dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta didatangkan dengan antaramuka HTC Sense 4+ padanya.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan pihak HTC bakal mengadakan pelancaran rasmi peranti ini di rantau Asia Tenggara pada awal November kelak, dan akan mulakan jualan di rantau Asia Tenggara bermula bulan hadapan.


TIPS & ULASAN