Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman peranti HTC One X+, pihak HTC turut sama berkongsi berita gembira untuk para pengguna peranti HTC One X dan juga One S, dimana mengatkaan kemaskini Jelly Bean akan hadir untuk peranti mereka tidak lama lagi.

Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk HTC One X dan juga HTC One S bakal diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka HTC Sense+ padanya kelak. Beberapa fungsi tambahan, seperti Google Now, dan sokongan notifikasi yang lebih baik turut akan disertakan bersama-sama kemaskini tersebut.

Buat masa ini, tarikh pasti bilakah ianya akan mula diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia disasarkan yang mana kemaskini ini akan diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd