Kemaskini Nokia Belle FP2 Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Symbian

Kemaskini Nokia Belle FP2 Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Symbian

Diterbitkan pada Okt 2, 2012 oleh .

Symbian ataupun yang mana kini dikenali sebagai Nokia OS terus mendapat kemaskini daripada pihak Nokia, dimana hari ini, kemaskini Nokia Belle FP2 mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna PureView 808, Nokia 701, 700, dan juga 603.

Untuk para pengguna Nokia 808 PureView, beberapa kemaskini baru didatangkan bersama-sama dengannya, termasuk paparan Gallery Grid dalam bentuk landskap, lebih banyak info mengenai sesuatu gambar yang dirakam, dan beberapa tambahan yang lain lagi.

Selain daripada khas untuk Nokia 808 PureView, kemaskini yang dibawakan oleh Belle FP2 untuk semua peranti adalah termasuk pelayar web yang dikemaskini dengan pelbagai sokongan HTML5, papan kekunci atas-skrin yang lebih baik, serta fungsi Nokia Car Mode untuk mengakses telefon pintar anda ketika memandu.

Untuk menyemak kemaskini Belle FP2 untuk peranti anda, hanya perlu hubungkan peranti anda ke Nokia Suite, dan mula menyemak kemaskini melaluinya.


TIPS & ULASAN