Aplikasi iNote+ Untuk iPhone Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Aplikasi iNote+ Untuk iPhone Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Okt 2, 2012 oleh .

Mungkin ramai sedia mengenali salah satu pembangun aplikasi tempatan, IconMobi yang menawarkan beberapa aplikasi untuk iOS, BlackBerry, Android dan sebagainya. Kini, bersempena bulan Oktober, mereka menawarkan salah satu aplikasi berbayar mereka secara percuma untuk para pengguna iPhone.

Aplikasi yang dinamakan sebagai iNote+ membawakan sokongan pengurusan nota dan teks dalam bentuk antaramuka Metro, dimana para pengguna boleh menambah nota berbentuk teks, audio atau gambar dengan mudah pada peranti mereka.

Dengan antaramuka seumpama Windows Phone, ia membolehkan para pengguna mengubah warna latar, dan menyusunnya mengikut citarasa anda.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya daripada hari ini sehingga 5 Oktober kelak, dimana pembangunnya turut mengatakan kemaskini untuk paparan iPhone 5 bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Muat-Turun iNote+ Untuk iPhone


TIPS & ULASAN