Microsoft Mengesahkan Pembangunan Windows 9 Telah Dimulakan

Microsoft Mengesahkan Pembangunan Windows 9 Telah Dimulakan

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Laporan mengenai pembangunan Windows 9, iaitu nama panggilan untuk sistem operasi Windows akan datang telah pun diperkatakan sebelum ini, dan kini Microsoft sendiri mengesahkan perkara tersebut melalui pertanyaan di Misco Expo 12.

Semestinya, buat masa ini tiada sebarang fungsi baru diketahui yang bakal dibawakan pada Windows 9 kelak, memandangkan pihak Microsoft kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran Windows 8 pada 26 Oktober ini.

Sebelum ini, beberapa laporan turut mengatakan yang mana Microsoft turut sama telah memulakan pembangunan kemaskini untuk Windows Blue yang mana bakal diperkenalkan pada tahun hadapan. Namun masih tiada sebarang info lanjut berkaitan dengannya.

Mengikut tradisi Microsoft, sistem operasi Windows baru akan diperkenalkan antara dua ke tiga tahun selepas sesuatu versi diperkenalkan, dimana diselangi dengan beberapa kemaskini Service Pack yang membawakan beberapa perkara baru pada sistem operasi tersebut.

Mungkin pembangunan awal telah dimulakan, dan Microsoft kini sedang menantikan penerimaan Windows 8 supaya mereka boleh mensasarkan fokus untuk pembangunan antaramuka berasaskan Metro ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN