Cari @ Amanz

Nampaknya, Google semakin memberikan perhatian kepada industri perkakasan dan peranti pintar, dimana selain daripada Project Glass, Android, kereta panduan automatik dan sebagainya, mereka terkini dilihat turut mempatenkan salah satu peranti dan teknologi baru.

Daripada apa yang dipatenkan, ia kelihatan seperti sebuah jam tangan yang didatangkan dengan skrin sentuh yang boleh dibuka untuk mendapatkan beberapa info pada skrin tersebut, yang mungkin dijayakan melalui penggunaan teknologi Augmented Reality padanya.

Jam tangan pintar ini bakal sama menyertakan penerima wireless tersendiri, disamping didatangkan bersama-sama cip pemprosesan dan pelbagai perkara lain padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Google akan hadir dengan peranti seumpamanya, yang mana mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum diperkenalkan secara rasminya. Namun, semestinya ia adalah antara perkara menarik dan salah satu teknologi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd