Cari @ Amanz

Dengan ura-ura yang mengatakan iPad Mini bakal dilancarkan pada 18 Oktober ini, kini beberapa gambar kerangka luar yang diperkatakan untuk iPad Mini mula kelihatan, sekaligus memberikan idea bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.

Daripada gambar yang tertiris ke arena web ini, ia menunjukkan yang mana iPad Mini turut sama akan menyertakan sokongan talian selular, dan slot nano-SIM disertakan padanya, dan seperti iPhone 5, ia turut didatangkan bersama-sama port Lightning padanya. Namun, kedudukan untuk audio jack masih terletak dibahagian atas, seperti iPad sedia ada.

Dan berbeza dengan iPad sedia ada, bahagian kerangka luar dilihat menggunakan rekabentuk dan bahan lebih kurang sama seperti pada iPhone 5 yang diperkenalkan Apple baru-baru ini.

Buat masa ini, perkara ini masih dikategorikan sebagai ura-ura, dan mungkin sekiranya semua berjalan lancar, kita akan dapat melihat pihak Apple memperkenalkannya secara rasmi dalam masa dua minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd