CPU | Intel Core i3-3320M vPro 2.60GHz |
Chipset | Mobile Intel QM77 Express Chipset |
Memori Utama | DDR3L 4GB |
Ruangan Storan | 250GB HDD (SATA) |
Skrin | 12.1″ HD+ (1600×900) |
Bateri | 7.2V/13.6Ah |
Bagi mereka yang mencari komputer riba yang bukan sahaja professional dan membawakan bateri yang tahan lama, tetapi turut membawakan rekaan yang tahan lasak, kini Panasonic secara rasminya telah pun memperkenalkan produk terbaru mereka ke pasaran Malaysia, iaitu Panasonic Toughbook CF-SX2.
Panasonic Toughbook CF-SX2 ini membawakan bateri yang bertahan selama lebih 14 jam untuk bateri 8 sel, manakala selama 9 jam untuk bateri 4 sel. Selain itu ia turut menyertakan pemacu optikal DVD, dan sokongan sambungan 3G terbina padanya. Komputer riba tahan lasak daripada Panasonic ini hanya seberat 1.21 kilogram sahaja untuk bateri 4 sel, manakala seberat 1.42 kilogram untuk bateri 8 sel.
Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan Panasonic Toughbook CF-SX2 ini boleh menahan tekanan sehingga 100kgf. Dan seperti kebanyakkan komputer riba diluar sana, ia turut dijana menggunakan Windows 7 versi Professional. Panasonic Toughbook ini boleh didapati daripada pengedar rasmi tempatan bermula daripada hari ini, pada harga bermula RM6799