BGR Mengesahkan Peranti Windows Phone Dari Microsoft Dalam Pembangunan

BGR Mengesahkan Peranti Windows Phone Dari Microsoft Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Lanjutan daripada semalam, walaupun pihak Microsoft menidakkan ura-ura mengatakan mereka bakal hadir dengan telefon pintar yang dibangunkan sendiri, kini BGR, salah satu laman teknologi terkemuka mengatakan mereka dapat mengesahkan perkara ini daripada beberapa sumber mereka.

Ia dikatakan Microsoft secara senyap sedang membangunkan telefon pintar dengan jenama tersendiri, lebih kurang seperti Surface yang diperkenalkan sebelum ini. Ia dikatakan, kelak Microsoft akan bersaing secara terus dengan Apple, Samsung dan pelbagai jenama besar sebagai pengeluar telefon pintar. Dan ia juga dilaporkan BGR, yang mana telefon pintar daripada Microsoft ini bakal menggunakan penjenamaan Surface padanya.

Ia dikatakan peranti ini dalam fasa terakhir pembangunan, dan mungkin akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan.

Walaupun perkara ini masih samar-samar buat masa ini, namun apa yang pasti, untuk pelancaran Windows Phone 8 kelak, Microsoft bakal memfokuskan untuk pemasaran bersama-sama beberapa rakan kerjasama mereka, termasuk HTC, Nokia, Samsung dan lain-lain rakan kerjasama mereka.

Dan sekiranya perkara ini benar, mungkin ia akan memberikan tekanan hebat kepada rakan kerjasama mereka yang lain, terutamanya Nokia.

Jadi, apa kata anda? Adakah ia kelak akan diterima sebagai peranti Nexus hasil keluaran kerjasama oleh Google untuk Android, ataupun akan menerima komen negatif daripada para pengeluar peranti Windows Phone?


TIPS & ULASAN