Google : Pengguna Internet Harian Di Malaysia Berjumlah 4.5 Juta Orang

Google : Pengguna Internet Harian Di Malaysia Berjumlah 4.5 Juta Orang

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Hari ini, Google Malaysia buat julung kalinya telah pun mengadakan G Day Malaysia, dimana berkongsi beberapa data dan info menarik berkaitan dengan Google bersama-sama dengan para pengguna tempatan. Dan seperti biasa, mereka memulakannya dengan berkongsi beberapa statistik menarik, mengatakan daripada pengguna internet yang berjumlah lebih 17 juta di Malaysia, seramai 4.5 juta mengaksesnya setiap hari.

Pada masa yang sama, Google turut berkongsi akan info mengatakan pengguna internet Malaysia turun dengan mendadak menjelang hari perayaan, terutamanya Hari Raya Aidlifitri.

Data lain yang turut dikongsikan oleh Google adalah berkenaan dengan laman pengehosan video terkemuka mereka – YouTube. Seperti semua sedia maklum, YouTube telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada awal tahun ini, iaitu pada bulan Mac, dan kini, melalui data terkumpul, seramai 9 juta pengguna tempatan mengaksesnya setiap bulan. Secara purata, video selama 14 minit dimainkan oleh para pengguna tempatan.

Dalam masa terdekat juga, Google mensasarkan untuk melancarkan beberapa produk untuk pasaran tempatan, termasuk Street View yang masih dalam perancangan, dan mungkin akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN