Carian
Pembelanjaan Pengiklanan Atas-Talian Di Malaysia Untuk Tahun 2012 Berjumlah Sehingga $100 Juta
October 3, 2012 Aman

Pendapatan utama Google semestinya adalah melalui pengiklanan, dimana selain daripada menyediakan platform pengiklanan enjin carian, mereka juga menyediakan produk seperti AdSense untuk membolehkan mereka yang mempunyai laman web dan blog menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Pada gMalaysia 2012 hari ini, Google berkongsi data mengatakan pembelanjaan pengiklanan atas-talian di Malaysia sepanjang tahun 2012 ini berjumlah antara $80 juta hingga $100 juta (kami tidak dapat pastikan adakah ia USD atay MYR), dan angka ini meningkat dari hari ke hari.

Daripada angka yang dikongsikan, ia dikatakan ia meningkat sebanyak 30% berbanding tahun lepas, dan dengan apa yang dibelanjankan hari ini, ia semestinya terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Komen