Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?

Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Galaxy Note 2 semestinya salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan. Kini, beberapa ura-ura kedengaran mengatakan Samsung Malaysia bakal melancarkan peranti tersebut di Malaysia, seawal 11 Otkober kelak.

Buat masa ini, pihak Samsung Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang jemputan untuk acara pelancarannya di Malaysia, dan dijangka akan mula dihantar bermula esok atau lusa.

Galaxy Note 2 merupakan peranti bersaiz 5.5-inci terbaru daripada Samsung, yang mana dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. Ia turut dilengkapi cip pemprosesan empat teras 1.6GHz, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan bersama-sama S-Pen untuk memudahkan input.

Selain daripada Samsung, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan turut dijangka akan menawarkannya beberapa minggu selepas ia dilancarkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN