Waktu Puncak Pengguna Melayari Laman YouTube Bermula 6 Petang

Waktu Puncak Pengguna Melayari Laman YouTube Bermula 6 Petang

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Dengan adanya YouTube, seperti semua sedia maklum, ia menjadi antara laman yang dikunjungi ramai sebagai alternatif untuk menonton rancangan televisyen yang terlepas dan sebagainya. Dan daripada apa yang dikongsikan pihak Google, ia kelihatan waktu tontonan juga agak menyerupai penonton di televisyen.

YouTube kelihatan mencapai waktu puncak antara pukul 6 petang hingga 11 malam, lebih kurang waktu sama dengan televisyen.

Di Malaysia, YouTube Malaysia telah dilancarkan secara rasminya pada bulan Mac yang lepas, membawa pelbagai peluang kepada pembangun kandungan untuk menawarkannya melalui laman YouTube, disamping menjana pendapatan melaluinya.

Google turut mengatakan yang mana seramai 9 juta pengguna tempatan mengakses laman perkongsian video popular itu setiap bulan, dan secara purata video selama 14 minit ditonton oleh mereka pada YouTube.


TIPS & ULASAN