Tambahan daripada waktu akses popular dikalangan pengguna tempatan, Google Malaysia juga turut berkongsi beberapa info tambahan termasuk apakah demografik, dan dimanakah YouTube paling popular diakses ramai.
Daripada apa yang diperlihatkan Google, seramai 89% pengguna tempatan mengakses YouTube daripada rumah, dan diikuti oleh mereka yang mengaksesnya daripada pejabat pada kadar 31%. Menariknya, daripada data yang dikongsikan, ia turut kelihatan, 15% pengguna tempatan mengaksesnya melalui peranti mudah-alih mereka.
Dari segi demografik pula, ia kelihatan majoritinya adalah lelaki, dan merka yang berumur antara 20 hingga 29 tahun. Dan seperti diketahui, YouTube merupakan laman perkongsian video paling popular di negara ini, meninggalkan pelbagai pesaing lain, termasuk TonTon.