Cari @ Amanz

Laporan mengenai Nokia Lumia dengan spesifikasi rendah, iaitu Nokia Lumia 510, dan kini gambar pertama peranti tersebut mula kelihatan di arena web, sekaligus menandakan ia mungkin dilancarkan oleh pihak Nokia tidak lama lagi.

Peranti Lumia 510 ini dijangka bakal membawakan skrin bersaiz 4-inci, memori terbina 4GB, dan dijalankan menggunakan 256MB RAM. Mengikut laporan awal, ia dikatakan mungkin akan dijual pada harga sekitar $150 (~RM450).

Sekiranya semua berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada penghujung tahun ini, ataupun pada awal tahun 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd