Pelayar Web Firefox Untuk Windows 8 Versi Pembangunan Kini Sedia Untuk Diuji

Pelayar Web Firefox Untuk Windows 8 Versi Pembangunan Kini Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada Okt 3, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba pada penghujung bulan ini, kini Mozilla telah pun mengeluarkan versi pembangunan pertama untuk pelayar web Firefox dengan antaramuka ModernUI untuk para pengguna Windows 8 yang ingin mencubanya terlebih dahulu.

Versi percubaan ini adalah daripada saluran pembangunan Nightly, dan dilabelkan sebagai Firefox 18.0a1 buat masa ini, dan apabila dipasang, ia memperlihatkan ikon Nightly pada halaman skrin utama Windows 8, dan bukannya ikon Firefox biasa.

Sebelum ini, beberapa paparan skrin baru telah diperlihatkan, menunjukkan apakah yang bakal dibawakan oleh Firefox untuk Windows 8 kelak, dimana turut menyertakan sokongan Bookmark List dan juga kebolehan untuk pin akan sesuatu laman web terus ke skrin utama Windows 8.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi pembangunan awal Firefox Nightly untuk Windows 8 ini, dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Firefox Modern UI Untuk Windows 8


TIPS & ULASAN