Cari @ Amanz

Research In Motion, selain memperkenalkan BlackBerry 10 pada minggu lepas, hari ini memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk para pengguna tablet mereka, membawakan BlackBerry PlayBook OS 2.1 yang disertakan bersama-sama pelbagai fungsi baru padanya.

Antara perkara baru yang disertakan pada PlayBook OS 2.1 adalah:

  • BlackBerry Bridge Yang Ditambah-Baik – Aplikasi BlackBerry Bridge kini dikemaskini, membolehkan anda turut sama melihat dan membalas SMS terus daripada BlackBerry PlayBook, selain prestasi dan kepantasan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
  • Sokongan Aplikasi Android – Sokongan aplikasi Android bukanlah sesuatu yang baru pada PlayBook. Melalui PlayBook OS 2.1, ia turut sama menyertakan sokongan kamera, dan pembayaran dalam aplikasi, selain mana kini beroperasi dengan lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini.
  • Aplikasi Emel Yang Dikemaskini – PlayBook OS 2.1 turut sama menyertakan sokongan pelbagai orientasi skrin untuka aplikasi emel, membolehkan anda menggunakan secara potrait, sekaligus memudahkan anda menaip dan menguruskan emel anda.

Ia turut sama menyertakan pelbagai pengoptimasian dan kemaskini untuk beberapa perkara yang lain. Bagi para pengguna yang menggunakan PlayBook OS 2.1, anda boleh menyemaknya hari ini dengan ke Settings > Software Updates > Check for Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd