Cari @ Amanz

Nokia meneruskan tradisi mereka dengan memperkenalkan aplikasi eksklusif untuk peranti Nokia Lumia, dimana terkini, menambah koleksi sedia ada adalah Nokia Xpress Beta, sekaligus memfokuskan kepada pengguna dengan langganan pelan data terhad.

Nokia Xpress Beta ini berfungsi seumpama pelayar web popular Opera Mobile, dimana ia didatangkan dengan sokongan teknologi untuk mengecilkan fail web yang dipertontonkan kepada umum, dimana compression dilakukan pada pelayan sebelum ia diperlihatkan kepada pengguna.

Namun, menariknya, selain daripada hanya berfungsi sebagai pelayar web sahaja, ia turut diintegrasikan dengan kebolehan untuk melihat penggunaan data, disamping menambah laman kegemaran anda kepada sebuah halaman khas dinamakan Magazine.

Melalui halaman Magazine tersebut, ia berfungsi sebagai pembaca RSS, menawarkan ringkasan untuk sesuatu artikel bersama-sama dengan gambar padanya.

Buat masa ini, aplikasi ini masih dilabelkan sebagai “beta”, dan mungkin versi akhirnya akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu atau bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd