Lebih 3,600 Aplikasi Tersedia Di Windows Store Hari Ini

Lebih 3,600 Aplikasi Tersedia Di Windows Store Hari Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2012 oleh .

Nampaknya, dengan pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, angka aplikasi untuknya semakin hari semakin meningkat dengan drastik, dimana mengikut angka terkini, sebanyak lebih 3,600 aplikasi telah sedia terdapat di Windows Store hari ini.

Daripada statistik yang dikongsikan, ia dilihat secara purata, sebanyak 118 aplikasi dimuat-naik oleh pembangun setiap hari untuk Windows 8, dan 88% daripadanya adalah aplikasi percuma.

Dan apabila dilihat dari segi pecahan aplikasi mengikut kategori, Games mempunyai bilangan yang tertinggi buat masa ini, dengan 18% daripada angka tersebut, selain diikuti oleh Entertainment sebanyak 13%.

Dengan peningkatan drastik dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat hampir 5,000 aplikasi aktif di Windows Store ketika pelancaran Windows 8 kelak.


TIPS & ULASAN