Cari @ Amanz

Akhirnya, segala teka-teki terjawab, apabila kini Samsung Malaysia telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan Galaxy Note 2 secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 11 Oktober 2012. Harga jualannya dijangka akan turut dikongsikan bersama pada acara tersebut kelak.

Galaxy Note 2 merupakan kemaskini bagi peranti Galaxy Note yang diperkenalkan pada tahun lepas, membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi S-Pen, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd