Firefox 16 bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan, dan kini pihak Mozilla mengambil langkah awal dengan mengumumkan yang mana ia akan menjadi versi terakhir Firefox yang menyokong Mac OS X 10.5.
Mozilla bukanlah pembangun pertama yang melakukannya, dimana sebelum ini, Google turut sama telah mematikan sokongan Chrome untuk para pengguna OS X 10.5, memandangkan dengan mematikan sokongan untuknya, ia akan memudahkan lagi pihak Mozilla untuk menawarkan lebih banyak fungsi baru untuk para pengguna Mac, yang mana tidak disokong pada OS X 10.5.
Mengikut jadual pembangunan Mozilla, Firefox 16 bakal dilancarkan secara rasminya untuk semua pengguna seluruh dunia pada 9 Oktober kelak.