Pengguna iOS 6 Tempatan Sudah Boleh Mula Menggunakan Sokongan Navigasi Bersuara

Pengguna iOS 6 Tempatan Sudah Boleh Mula Menggunakan Sokongan Navigasi Bersuara

Diterbitkan pada Okt 4, 2012 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan pihak Apple sebelum ini, kini para pengguna tempatan telah pun boleh menggunakan fungsi sokongan navigasi (turn-by-turn) di Malaysia. Sokongan ini kelihatan telah diaktifkan bermula semalam kepada para pengguna tempatan.

Dengan sokongan ini, aplikasi Apple Maps menawarkan sokongan navigasi untuk para pengguna tempatan melalui grafik bergerak, selain bantuan melalui suara padanya.

Bagi para pengguna tempatan yang telah sedia menggunakan iOS 6, anda boleh membuka aplikasi Apple Maps seperti biasa, dan kemudian tetapkan lokasi yang ingin dituju, dan memulakan navigasi terus padanya.


TIPS & ULASAN