Aplikasi TomTom (Asia Tenggara) Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi TomTom (Asia Tenggara) Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Okt 4, 2012 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan navigasi bersuara untuk para pengguna Android, termasuk Waze dan sebagainya. Kini, menyertai perkara sama, TomTom telah pun melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Asia Tenggara, termasuk dengan sokongan peta Malaysia terkini.

Aplikasi ini boleh didapati daripada Google Play Store bermula hari ini, namun hanya sesetengah peranti sahaja disokong buat masa ini. Mungkin anda perlu menyemak sokongan peranti anda terlebih dahulu sebelum membeli aplikasi tersebut.

Aplikasi TomTom ini menawarkan pelbagai perkara, termasuk sokongan paparan dalam 2D atau 3D, sokongan suara ketika navigasi, dan tidak menggunakan sebarang pelan data untuk menggunakannya. Ia turut menawarkan sokongan untuk beberapa buah negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan ia daripada Google Play Store pada harga $51.78 hari ini.

Muat-Turun Aplikasi TomTom Asia Tenggara Daripada Google Play Store


TIPS & ULASAN