Facebook Kini Mempunyai 1 Billion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook Kini Mempunyai 1 Billion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Okt 4, 2012 oleh .

Nampaknya, Facebook terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena sosial, dimana terkini, Mark Zuckerberg secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana kini laman sosial terkemuka dunia itu mempunyai lebih daripada satu billion pengguna aktif setiap bulan.

Walaupun akhir-akhir ini, peningkatan angka pengguna baru Facebook agak perlahan, namun ia masih lagi memperlihatkan angka positif. Pada bulan Jun lepas, Facebook mempunyai lebih kurang 955 juta pengguna aktif, dan hari ini, mereka menambah lebih 45 juta kepada angka tersebut.

Antara statistik menarik lain yang dikongsikan oleh pihak Facebook, adalah termasuk:

  • Lebih 1.13 trillion Likes sejak dilancarkan pada Februari 2009.
  • Lebih 219 billion gambar telah dimuat-naik.
  • Lebih 17 billion gambar yang di geo-tag, termasuk check-in.
  • Lebih 62.6 juta lagu telah dimainkan sebanyak 22 billion kali.
  • Angka median untuk umur pengguna Facebook adalah 22 tahun.
  • Facebook kini mempunyai lebih 600 juta pengguna mudah-alih.

Di Malaysia sahaja, pengguna Facebook berjumlah seramai 13 juta pengguna, salah satu angka yang besar, jauh meninggalkan beberapa laman sosial yang lain.

Dengan pengumuman ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkara baru dibawakan oleh Facebook, dimana pada masa yang sama, lebih banyak cara Facebook akan aplikasikan untuk menjana duit melalui perkhidmatan tersebut.


TIPS & ULASAN