ConEmu – Membawa Lebih Fungsi Tambahan Untuk Command Line Pada Windows

Diterbitkan pada Okt 4, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jikalau dibandingkan dengan Linux, penggunaan command line pada Windows boleh dikatakan sedikit bosan berbanding kebiasaan. Namun, kini dengan ConEmu, perkara tersebut boleh diatasi, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, disamping menambah beberapa fungsi menarik padanya.

ConEmu, seperti pada pelayar web, membawakan sokongan tab, membolehkan anda membuat beberapa perkara pada masa yang sama, selain menjalankan beberapa pilihan aplikasi dengan mudah. Selain daripada itu, salah satu perubahan yang benar-benar tampak berbeza adalah antaramukanya. ConEmu membolehkan anda mengubah pelbagai perkara, termasuk gambar latar belakang, jenis tulisan, penggunaan warna, dan beberapa perkara lain lagi.

Ia turut didatangkan dengan sokongan merakamkan skrin terbina, selain pilihan meletakkan ia sentiasa dibahagian hadapan, walaupun anda mengendalikan beberapa aplikasi lain dibelakang, salah satu pilihan yang amat digemari kami.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun ConEmu hari ini, dan mencuba sendiri beberapa fungsi menarik yang disertakan padanya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami