Carian
Peranti Berasaskan MeeGo Daripada Jolla Bakal Diperkenalkan Bulan Depan
October 4, 2012 Aman

Bagi para peminat sistem operasi MeeGo, Jolla telah pun memberikan semangat baru untuk pada bulan lepas, dengan mengatakan akan hadir dengan peranti baru menggunakan ia, dan kini, melalui kemaskini yang dikeluarkan mereka, Jolla mengatakan akan memperkenalkan peranti baru mereka pada bulan depan.

Jolla mengatakan, sistem operasi yang dinamakan sebagai Sailfish akan digunakan pada peranti mereka kelak, yang mana dibangunkan berasaskan MeeGo. Selain hadir dengan peranti mereka sendiri, Jolla turut mengatakan sistem operasi tersebut turut akan dilesenkan untuk pengeluar lain pada tahun hadapan.

…Sailfish akan dilesenkan kepada pengeluar peranti pada tahun hadapan.

Buat masa ini, apakah spesifikasi yang akan dibawakan, dan sebagainya masih tidak diketahui sepenuhnya. Jolla bakal berkongsi mengenai peranti baru mereka, termasuk berkenaan kemaskini yang dibawakan pada sistem operasi tersebut pada bulan depan. Peranti baru tersebut juga dijangka akan dijual sebelum hari Natal pada tahun ini.

Peranti berasaskan MeeGo hanya satu dipasaran buat masa ini, iaitu Nokia N9. MeeGo sebelum ini dibangunkan bersama oleh pihak Nokia dan Intel, sebelum Nokia mengalihkan fokus mereka kepada Windows Phone. Kini, Intel bekerjasama dengan Linux Foundation dalam membangunkan alternatif kepadanya, dinamakan sebagai Tizen.

Komen