Curaqion – Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Topik Menarik Dari Quora

Curaqion – Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Topik Menarik Dari Quora

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

Quora, seperti semua sedia maklum, merupakan antara laman soal jawab menarik, yang menawarkan perbincangan pelbagai topik-topik berilmiah padanya. Dan untuk memudahkan anda yang sibuk dalam mengikuti pelbagai topik menarik daripada laman tersebut, dua anak muda tempatan memperkenalkan Curaqion.

Curaqion memudahkan anda mengikuti topik menarik dari laman soal-jawab Quora

Curaqion dibangunkan oleh Gaddafi (@flisterz) dan juga Huzairy (@mohdhuzairy), dimana ditawarkan dalam dua variasi, iaitu versi web dan juga versi PDF. Kedua-dua versi direkabentuk dengan kemas dan teratur, menawarkan info dan perbincangan pelbagai topik dalam keadaan yang amat mudah untuk diikuti dan dibaca.

Untuk isu yang pertama ini, beberapa topik yang menarik diketengahkan oleh Curaqion, termasuk beberapa perkara berkaitan teknologi, seperti “Kisah Menarik Berkaitan Steve Jobs“, dan juga perkongsian apakah antara keputusan yang diambil oleh pembangun Facebook dalam mencapai 500 juta pengguna.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh melanggan kepada laman mereka hari ini, ataupun memuat-turun Curaqion dalam bentuk PDF secara percuma hari ini.

Layari laman Curaqion hari ini.


TIPS & ULASAN