Carian
Peranti Nexus Daripada LG Bakal Diperkenalkan Pada Bulan November Ini?
October 5, 2012 Aman

Sejak beberapa bulan lepas lagi, ia telah sedia diperkatakan, tahun ini Google bakal bekerjasama dengan beberapa pengeluar dalam menghasilkan peranti Nexus, dan mengikut laporan terbaru, LG akan menjadi salah satunya, yang mana akan hadir bersama-sama dengan peranti yang dinamakan sebagai LG Optimus G Nexus.

Peranti terbaru daripada LG ini kelak dikatakan akan membawakan rekabentuk yang lebih kurang seperti Galaxy Nexus, selain mana pada bahagian belakangnya, turut disertakan adalah logo Nexus dan juga LG.

Peranti ini bakal diperkenalkan bersama-sama dengan sistem operasi Android 4.2, membawakan kemaskini kecil berbanding dengan Android 4.1 sebelum ini. Google dilihat mungkin akan lebih memfokuskan kepada pengurusan tenaga pada kemaskini kali ini, selain turut menyertakan salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai “Customization Center”, memberikan pembangun peranti menggunakan antaramuka kegemaran mereka padanya dengan mudah.

Selain daripada LG, beberapa pengeluar lain yang turut diura-ura akan sebelum ini adalah termasuk Samsung, HTC, dan juga Sony.

Sebelum ini sendiri, ramai yang mengemari apa yang ditawarkan oleh LG, namun tidak memilihnya disebabkan kerana kemaskini yang ditawarkan oleh mereka agak mengecewakan. Namun, dengan peranti Nexus daripada LG, kemaskini bakal ditawarkan terus oleh Google, dan mungkin ia boleh serba sebanyak mengubah persepsi pengguna terhadap LG.

Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut yang lebih kukuh berkenaan ura-ura ini.

Komen