Microsoft Bakal Melancarkan Windows Phone 8 Pada 30 Oktober Ini

Microsoft Bakal Melancarkan Windows Phone 8 Pada 30 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

…bakal membawakan skrin utama baru, sokongan NFC, Nokia Maps, IE10, integrasi VoIP, sokongan OTA, sokongan merakam skrin, dan banyak lagi.

Windows Phone 8 adalah salah satu platform yang dinantikan ramai sejak Microsoft mempertontonkannya beberapa bulan yang lepas. Apatah lagi, dengan beberapa peranti daripada Nokia, HTC dan Samsung yang diperlihatkan baru-baru ini, lebih ramai mula menyukainya.

Kini, Microsoft telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk acara pelancaran Windows Phone 8 pada 29 Oktober kelak (30 Oktober waktu Malaysia).

Acara tersebut diadakan tiga hari selepas pelancaran Windows 8, dan mungkin lebih banyak info berkenaan fungsi baru dan sebagainya bakal dikongsikan oleh Microsoft pada hari tersebut.

Mungkin tarikh bilakah kemaskini Windows Phone 7.8 turut sama akan dikongsikan oleh Microsoft, membolehkan para pengguna peranti Windows Phone sedia ada menikmati beberapa fungsi yang dibawakan oleh Windows Phone 8.


TIPS & ULASAN