Tablet Daripada Microsoft – Surface Bakal Dilancarkan Pada 26 Oktober

Tablet Daripada Microsoft – Surface Bakal Dilancarkan Pada 26 Oktober

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

Selain daripada acara pelancaran Windows Phone 8, ia kelihatan Microsoft juga turut mengesahkan hari ini, yang mana tablet Microsoft Surface yang dinantikan ramai itu bakal dilancarkan secara rasminya pada 25 Oktober (Malaysia : 26 Oktober) kelak.

Microsoft Surface merupakan tablet yang menggunakan Windows 8, dibangunkan sendiri oleh Microsoft. Harga dan tarikh jualan dijangka akan diumumkan oleh Microsoft pada acara yang sama, yang dijadualkan sehari sebelum pelancaran Windows 8.

Surface sebelum ini telah dipertontonkan oleh Microsoft pada bulan Jun yang lepas, dimana ia membawakan beberapa ciri-ciri menarik padanya, termasuk sokongan USB, slot mikro-SD, kamera hadpaan untuk panggilan video, serta menggunakan skrin bersaiz 10.6-inci.


TIPS & ULASAN