Kini Anda Boleh Belajar Ruby Terus Pada Codecademy

Kini Anda Boleh Belajar Ruby Terus Pada Codecademy

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

Codecademy nampaknya bergiat aktif sepanjang tahun ini, dimana selepas menawarkan pembelajaran HTML & CSS, dan juga Python sebelum ini, kini mereka menambah Ruby sebagai salah satu kursus yang ditawarkan melalui laman web mereka.

Apa yang menariknya mengenai Codecademy adalah cara bagaimana sesuatu pembelajaran dilakukan. Ia membolehkan para pengguna mempelajari satu demi satu secara praktikal terus melalui pelayar web, dan seterusnya memberika ganjaran seperti lencana dan markah, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan anda secara positif.

Dengan penambahan Ruby dalam topik pembelajaran, kini mereka yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan Ruby, dengan mudah boleh melakukannya. Apatah lagi, ia ditawarkan secara percuma.

Belajar Ruby di Codecademy

Terima kasih Zulhilmi


TIPS & ULASAN