Convertilla – Memudahkan Anda Mengubah Format Video Untuk Peranti Mudah-Alih

Convertilla – Memudahkan Anda Mengubah Format Video Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

Dengan pelbagai peranti yang digunakan untuk merakam video, dan web yang menawarkan pelbagai format yang berbeza-beza, mungkin kadang-kala, anda menghadapi masalah untuk menjalankan sesuatu format video. Untuk mengatasi perkara ini, terdapat pelbagai aplikasi pengubah format video, dan salah satunya adalah Convertilla.

Convertilla merupakan salah satu aplikasi percuma, yang mana membawakan sokongan untuk para pengguna mengubah format video mereka, dan mengoptimasikan sesuatu video itu untuk peranti mereka seperti iPod, BlackBerry, Xbox 360, Sony PSP, dan pelbagai peranti lain di pasaran.

Convertilla juga turut menyokong pelbagai jenis format video, termasuk MP4, FLV, MKV, MPG, AVI, MOV, WMV, dan juga 3GP. Bagi yang gemarkan hanya audio sahaja, anda boleh membuat tetapan pilihan MP3 ketika proses mengubah format. Dari segi kelebihan pula, ia memfokuskan kepada pengguna baru, dimana hanya perlu memilih video, menetapkan format dan mengubahnya, tanpa perlu risau berkaitan bit-rate dan sebagainya.

Convertilla boleh digunakan oleh semua pengguna Windows XP dan Windows 7, dan ia ditawarkan secara percuma. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan aplikasi lain selain Convertilla, jangan lupa berkongsi bersama kami.

Muat-Turun Convertilla Untuk Windows


TIPS & ULASAN