Hari ini, pihak HTC Malaysia telah berkongsi berita, mengatakan yang mana peranti terbaru mampu milik mereka, HTC Desire X bakal dilancarkan di Malaysia dalam seminggu dua lagi. Namun, harganya tidak dikongsikan bersama kami buat masa ini.
[amanz-gallery]
HTC Desire X membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 768MB RAM, ruangan storan terbina 4GB, sokongan slot mikro-SD, skrin bersaiz 4-inci WVGA, sokongan audio Beats, dan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, serta bateri berkapasiti 1650mAh.
Ia didatangkan bersama-sama Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan kemaskini Jelly Bean bakal diperkenalkan untuknya tidak lama lagi.