Rovio Bakal Memperkenalkan Permainan Angry Birds Edisi Star Wars

Rovio Bakal Memperkenalkan Permainan Angry Birds Edisi Star Wars

Diterbitkan pada Okt 5, 2012 oleh .

Nampaknya, Rovio benar-benar ingin memaksimakan penggunaan jenama Angry Birds mereka, dimana selain memperkenalkan permainan Bad Piggies baru-baru ini, kini Rovio turut sama mempromosikan gambar baru, memperlihatkan mereka akan melancarkan Angry Birds edisi Star Wars tidak lama lagi.

Daripada apa yang dikongsikan Rovio melalui Tweet, ia kelihatan mereka akan memperkenalkannya kepada umum pada minggu hadapan, 8 Oktober kelak.

Bagaimanakah bentuk permainan dan animasinya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendapat lebih maklumat lanjut dalam beberapa hari lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN