Cari @ Amanz

Walaupun bulan November masih jauh lagi, satu demi satu ura-ura kedengaran berkaitan dengan peranti Nexus yang bakal ditawarkan bersama oleh Google dan juga LG. Terkini, ia diperkatakan ia turut sama akan dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, lebih kurang sama seperti pada Lumia 920.

Dari segi spesifikasi pula, ia diperkatakan peranti LG Nexus ini kelak akan dilengkapi dengan skrin IPS beresolusi 1280×768 True HD, menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4, memori sebanyak 2GB RAM, pilihan ruangan storan terbina sebanyak 8GB atau 16GB dan juga tanpa sokongan mikro-SD padanya seperti di Nexus 7.

Ura-ura dan laporan baru ini adalah tambahan daripada semalam, yang mengatakan ia akan menyertakan logo Nexus dan LG pada bahagian kerangka luar belakang peranti tersebut kelak.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak perkara mengenai peranti LG ini dalam masa terdekat. Selain LG, beberapa syarikat lain yang turut diperkatakan bakal membawakan peranti Nexus pada tahun ini adalah termasuk Samsung, Sony dan juga HTC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd