Jelajah Zuhal Terus Daripada iPad Atau iPhone Anda

Jelajah Zuhal Terus Daripada iPad Atau iPhone Anda

Diterbitkan pada Okt 6, 2012 oleh .

Bagi yang meminati Sains, salah satu topik yang menarik adalah sains angkasa. Dan sekiranya anda merupakan pengguna peranti iOS, kini anda boleh menjelajah planet Zuhal dan bulan-bulan disekelilingnya dengan mudah terus melalui aplikasi Solar Walk – Saturn.

..jelajah Planet Zuhal dan bulan-bulannya dalam bentuk 3D

Versi planet Zuhal ini adalah sebahagian daripada aplikasi utama pembangunnya, Solar Walk 3D. Namun, berbeza dengan aplikasi penuh, untuk versi planet Zuhal, para pengguna boleh memuat-turunnya dengan percuma terus ke peranti iOS mereka.

Daripada aplikasi ini, ia menyediakan pelbagai informasi menarik, termasuk jarak dari matahari, struktur planet, selain pelbagai misi sains dan gambar planet tersebut. Aplikasi ini bersaiz sekitar 125MB, dan boleh digunakan tanpa sebarang talian internet selepas selesai memasangnya.

Bagi anda yang berminat, dan menggunakan peranti iOS, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini, dan mencubanya sendiri.

Muat-Turun Aplikasi Solar Walk – Saturn untuk iOS


TIPS & ULASAN