Nokia Bakal Memperkenalkan Kemaskini Untuk Lumia 610 Dalam Masa Terdekat

Nokia Bakal Memperkenalkan Kemaskini Untuk Lumia 610 Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Okt 6, 2012 oleh .

Sementara menantikan kemaskini Windows Phone 7.8 yang masih lagi tidak diketahui bilakah akan tiba, kini pihak Nokia telah pun mengumumkan yang mana bagi pengguna Lumia 610, mereka akan menerima kemaskini kecil dalam masa terdekat ini.

Kemaskini tersebut akan lebih memfokuskan kepada prestasi Lumia 610 yang lebih baik, disamping mempertingkatkan prestasi kamera dan sebagainya. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat, mengikut negara. Bagi pengguna Lumia 610, anda akan menerima notifikasi pada skrin sebaik sahaja kemaskini untuknya tersedia untuk anda.

Sebelum ini, beberapa minggu lepas, pengguna Lumia 900 turut menerima kemaskini kecil membawakan beberapa peningkatan kecil. Dan dengan pengumuman berkaitan Lumia 610 ini, semestinya ia memperlihatkan komitmen Nokia untuk pengguna peranti sedia ada, walaupun ia hanya membawakan spesifikasi rendah.


TIPS & ULASAN