Carian
Google Dan LG Bakal Memperkenalkan Peranti Nexus Pada Hujung Bulan Ini?
October 6, 2012 Aman

Berbeza dengan laporan semalam, kini CNet melaporkan yang mana Google bersama-sama dengan pihak LG bakal memperkenalkan peranti Nexus mereka pada penghujung bulan ini.

Sekiranya benar, mungkin kita akan dapat menyaksikannya pada acara yang dikendalikan oleh AllThingsD, yang mana sebelum ini menyaksikan Andy Rubin memperlihatkan tablet Xoom dengan Honeycomb padanya.

Peranti Nexus daripada LG ini dikatakan masih belum mempunyai namanya lagi buat masa ini, dan dikatakan ramai akan membawakan rekabentuk menyerupai LG Optimus G. Ia juga bakal dijana menggunakan Android 4.2, yang mana bakal membawakan kemaskini kecil berbanding Jelly Bean yang diperkenalkan sebelum ini. Samaada ia akan mengekalkan nama Jelly Bean ataupun sebaliknya masih tidak diketahui lagi.

Pada masa yang sama, ia juga dikatakan Google akan bercakap lebih lanjut mengenai program Nexus mereka, membolehkan lebih ramai pengeluar peranti menyertai dalamnya, sekaligus memudahkan kemaskini Android diperkenalkan kepada para pengguna.

Dengan pelbagai ura-ura yang kedengaran berkenaan LG dan peranti Nexus ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat dan gambar peranti tersebut tertiris ke arena internet dalam beberapa hari mahupun minggu lagi.

Selain daripada LG, antara perkara lain yang turut kedengaran adalah termasuk mengatakan Samsung bakal hadir dengan Galaxy Nexus 2, selain HTC yang mengeluarkan peranti terawal Android bakal turut memperkenalkan peranti Nexus mereka.

Komen