Android 4.2 Bakal Memfokuskan Kepada Jangka Hayat Bateri

Android 4.2 Bakal Memfokuskan Kepada Jangka Hayat Bateri

Diterbitkan pada Okt 6, 2012 oleh .

Pada Android 4.1 Jelly Bean yang diperkenalkan sebelum ini, Google telah pun mengatasi masalah lengah masa yang sering dihadapi pada Android. Dan kini, mengikut laporan awal, Google bakal memfokuskan dan mengatasi masalah jangka hayat bertahan bateri melalui kemaskini Android 4.2 kelak.

Selain daripada mengatasi masalah hayat bateri, android 4.2 juga turut sama akan membawakan Customization Center, dimana akan menjadi hab khas untuk beberapa perkara seperti tema, gambar latar, runut bunyi, dan pelbagai perkara, membolehkan pengguna mengubah kebanyakkan perkara pada peranti mereka. Ia juga dijangka akan menjadi pusat untuk para pembangun peranti menawarkan antaramuka khas mereka. Dengan ini, mungkin salah satu masalah, iaitu kelembapan kemaskini untuk Android dapat diatasi.

Android 4.2 juga dikatakan akan membawakan kemaskini untuk Google Now, membolehkan para pengguna untuk mengawal beberapa perkara tambahan pada peranti mereka dengan memberikan arahan suara, termasuk mengawal volume, mengubah kecerahan skrin, dan mengawal Bluetooth.

Semestinya Google mempunyai beberapa perkara lain lagi yang akan dibawakan bersama-sama pada Android 4.2 kelak. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui samada Android 4.2 akan kekal menggunakan nama Jelly Bean ataupun hadir dengan nama baru, Key Lime Pie.

Android & Me telah menarik kembali berita ini, mengatakan ianya palsu.


TIPS & ULASAN