Microsoft Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Telefon Pintar Surface?

Microsoft Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Telefon Pintar Surface?

Diterbitkan pada Okt 6, 2012 oleh .

Ura-ura berkaitan dengan telefon pintar Windows Phone 8 daripada Microsoft terus bukanlah sesuatu perkara yang baru. Lanjutan daripada pelbagai ura-ura sebelum ini, kini ia dikatakan Microsoft bekerjasama dengan pihak Huawei dan Mediatek dalam membangunkan peranti Surface mereka.

Ura-ura terbaru ini turut memberikan petanda yang mana berkemungkinan pihak Microsoft akan hadir dengan telefon Surface mereka pada harga mampu milik, selain turut memfokuskan pasaran China, dengan penggunaan jenama Huawei.

Sebelum ini, beberapa kali Microsoft menidakkan ura-ura berkaitan mereka akan hadir dengan telefon pintar Surface tersendiri. Namun, dengan pelbagai ura-ura yang kedengaran dari hari ke hari, mungkin ianya benar. Apatah lagi dengan Microsoft sendiri yang memasuki arena komputer riba dengan Surface.

Ia dikatakan Microsoft bakal memperkenalkan Surface Phone pada tahun hadapan, dan akan menjalankan Windows Phone 8.


TIPS & ULASAN