Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan SoftSpace yang pernah kami ketengahkan sebelum ini? Nampaknya kini MOL yang sedia popular di Malaysia telah pun mengumumkan kerjasama dengan SoftSpace, dan menubuhkan syarikat baru dinamakan sebagai MOLCube.

Starbucks, Kenny Rogers, dan Wendy’s antara jenama Berjaya Group yang mungkin akan menggunakan MOLCube

MOLCube ini kelak akan membolehkan para peniaga menerima bayaran menggunakan kad kredit dengan hanya menggunakan telefon pintar dan sebuah peranti tambahan. Ianya telah pun sedia popular dibeberapa buah negara, dimana di sekitar Amerika, perkhidmatan seumpamanya dengan nama Square telah mula mendapat perhatian ramai peniaga dan pengguna.

MOLCube akan memberikan nilai tambah kepada beberapa perkhidmatan sedia ada daripada MOL, termasuk salah satunya adalah MOLPay. Menurut pihak MOL, sebagai permulaan, perkhidmatan MOLCube akan digunakan di beberapa syarikat milik Berjaya Group, yang mana semestinya memberikan kesan positif kepada para pengguna tempatan.

Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, kita akan dapat melihat ia diimplementasikan di Malaysia, sekaligus membolehkan para peniaga tempatan dengan mudah menerima pembayaran melalui kad kredit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd