Firefox 19 Bakal Menyertakan Rekabentuk Tab Serba Baru

Firefox 19 Bakal Menyertakan Rekabentuk Tab Serba Baru

Diterbitkan pada Okt 6, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Firefox, semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah antaramuka Australis yang diperlihatkan sejak awal tahun lepas. Kemaskini antaramuka tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat, dengan bahagian tab akan diberikan nafas baru bermula daripada Firefox 19 kelak.

Mengikut perancangan awal, sekiranya semua pembangunan berjalan lancar, maka Firefox 19 yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan akan mengintegrasikan rekabentuk tab baru pada Firefox.

Rekabentuk baru ini kelak akan memudahkan para pengguna dengan mudah mengetahui tab yang sedang aktif dilayari mereka, selain melihat tab-tab lain dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Seperti dapat dilihat daripada gambar, ia tidak membawakan perbezaan yang begitu drastik apabila dibandingkan dengan pelbagai sistem operasi, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang selari untuk semua.

Mungkin kita akan dapat melihat ia diperkenalkan pada Firefox 19 Nightly yang mungkin akan diperkenalkan seawal minggu hadapan.

Sementara itu, apakah pendapat anda berkenaan rekabentuk bahagian tab baru ini? Adakah lebih baik, ataupun anda menyukai rekabentuk sedia ada?


TIPS & ULASAN